AKU ORANG KAMPUNG

Cuba memuhasabah diri akan setiap peristiwa yang terjadi

August 17, 2007

AL-FATIHAH

AlFATIHAH……………
Hari Sabtu lepas 11hb August 2007 bersamaan 27 Rejab, dalam usianya 74 tahun bapak kembali ke rahmatullah….

Sebenarnya minggu lepas byk sgt plan aku nak buat untuk hari Sabtu tu. Nak pi belajar buat roti, tapi entah kenapa hati aku rasa tak sedap so aku batalkan niat aku tu..mmg plan nak balik kg pun sabtu tu, tapi lepas maghrib sbb SP keje, kakak pulak sekolah. Aku pun tatau 2-3 hari tu aku rasa tak sedap hati. Jadi ari sabtu tu aku decided nak dok umah jer, buat muffin pastu nak balik. Mula2 nak balik ahad pagi, tapi sbb akak dah sms yang akak no 2 tu dah ada kat umah mak, aku jadi macam excited nak balik kg. Aku kol sp tnye balik kul bape, dan plan nak balik lepas SP balik keje, seblum maghrib.

Lepas siap2 masak, aku terlelap jap kat sofa, masa tu dalam kul 12tgh. Budak2 kecik dua tu tidor, jadi lepas mandi aku baring jap sambil terlelap..tetiba HP aku bunyi, aku tgk no, no tel akak. Ingatkan dia nak pesan beli apa2 ke seblm balik..sbb sebelum tu dia suh beli lauk lebih skit sbb ada ramai kat umah. Rupanya panggilan tu khabar duka..bapak dah meninggal..aku terkjut, tapi aku tak menangis pun…fikiran macam blank jap sbb mamai baru terbangun tido…aku pun kata ok…aku kol sp skg..jap lagi kami balik…

Aku kol SP, mula2 tak dapat..2-3 kali kol takde angkat. Aku kol control room pesan ada kecemasan..tak lama pas tu SP kol balik, aku bagitau dia..suh dia blik segera..rupanya dia tak dgr bunyi phone..ada kat genset room..

Kat umah aku kelam kabut ngemas baju2 aku..baju2 bdak bibik dah kemas, tapi aku suh dia tambah lagi baju sbb kena balik lama..tak lama tu dalam kul 1.30 tgh kakak balik dari sekolah. Aku suh dia makan, mandi dan siap nak balik kg..aku sempat kol abang SP- abg long bagitau bapak dah takde…honestly, aku tak ler sesedih mana, sbb bapak mmg dahlama menderita sakit terlantar. Aku salu gak berdoa kalau pemergian bapak akan mengurangkan seksanya menanggung sakit , kami REDHA.

Pagi tu aku dah siap masak pajeri nenas, sambal ikan bilis. Kebetulan kak ie singgah umah antar barang2 yg dia pinjam so aku pi tapau kan sume2 makanan tu. Aku tapau semua makanan..bagi kak ie...

Lepas SP sampai umah dalam kul 2 ptg kami rush balik, nak kena antar bibik ke keramat dulu. On the way aku kol kawan2, kol sepupu2 dan kol boss bagitau aku kena balik kg…bos suruh aku cuti 3 hari…

Entah nape hari sabtu tu jam sgt2, dan aku tak sempat menatap wajah bapak buat kali terakhir. Sesampai aku kat umah, mayat dah dibawa ke kubur dan kerana aku yg sedang uzur hanya SP menyusul. SP sempat sampai ketika bapak sedang ditalkinkan.
Patutlah hati macam tak sedap, malam tu masa aku baca yasin aku teringat bapak dan aku rasa sayu sgt rupanya masa tu bpak dah diambang akhir hayatnya. Dan…bapak diambil Allah pergi hari esoknya itu. Abg ngah di Pahang pun dah on the way kuar masa aku kol dia pukul 2 tu. Dia kena ke pekan menjemput anak sulong dia yang sekolah asrama..

Aku sampai di rumah, dah ramai sedara mara, ada adik beradik bapak, anak2 saudara bapak tapi aku tak lihat sorang pun adik beradik mak atau sedara mara sebelah mak. Aku masuk terus peluk mak, airmata terus keluar. Sedih sbb bapak dah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan2 bersama bapak. Masih terbayang wajah bapak kali terakhir aku balik kg awal bulan julai lalu. Wajahnya sayu, ekor mata melihat penuh makna. Bapak nampak tersenyum bila cucu2nya bergurau berdekatan dengannya, ketika itu bapak masih berselera makan, masih bole bergerak dan duduk sendiri, tapi dah tak bole makan sendiri. Mak terpaksa menyuapkan bapak. Masa tu pun bapak dah tak nak mandi lagi..dia selalu mandi sekali sehari waktu petang. Tapi sebulan seblum dia pergi dia sering mengadu sejuk, tulang2nya sakit. Sampai terpaksa berselimut dgn toto. Mak sempat selimutkan dgn toto baru yang mak beli…mak jugak sempat minum cendol dan makan mee rebus kesukaan dia beberapa hari sebelum dia pergi...

Aku ingat lagi kali terakhir aku jumpa bapak bulan lepas, bapak masih bole senyum dan dia seolah terkejut sbb kami nak balik pagi awal awal2. Sebab selalu kami akan balik lepas asar, tapi kerana abang SP buat akikah aku rasa tak sedap jadi kami rushing balik pagi ahad tu sbb nak hadiri kenduri tu tgharinya. Bapak sayu jer masa kami salam dia. Anak2 cium bapak, cium tangan bapak aku pun cium tangan bapak.. Dan itulah kali terakhir aku jumpe bapak.
Lepas aku balik tu, kakak kata bapak tak sihat, dia dah tak lalu makan, keadaaan kulitnya yang kering tu semakin teruk dan merekah dan bapak dah tak boleh bangun langsung aku ada juga beli lotion sebamed dan sabun sebamed untuk bapak. Dua kali juga aku sempat beli barang2 tu..berbuku2 sabun dan berbotol2 lotion aku beli. Aku selalu gak telepon mak tanya khabar bapak dan rancangan nak balik ujung bulan julai ter bantut sbb anak sedara SP nak mendaftar di Unisel dan kami kena tolong kakak SP menguruskan pendaftaran tu.

Dalam pada tu seminggu seblum tu kakak terpaksa ke Segamat kerana anak saudara suaminya kawin. Dalam perjalanan balik dari Segamat, akak singgah dirumah. Masa tu kami dah berbincang nak suprisekan mak. Aku nak balik kg ujung minggu berikut tanpa bagitau mak. Memang itulah rancangan aku dan akak. Kakak ada bagitau yg tempat keje dia buat rombongan ke Kelantan dan dia berbelah bagi nak pegi ke tak. Aku ckap dgn kakak..toksah pegi, takut kalau apa2 terjadi kat bapak nanti susah pulak. So akak tak jadi pegi mujurlah…kwn2 opis kakak pujuk dia pegi…tapi akak tak nak, aku pun taknak akak pegi..sbb bapak masa tu dah semakin lemah..

Pengkebumian selesai jam 6.30ptg. Kami di rumah bersiap sedia untuk memasak untuk tahlil malam tu. Sbb dah kelam kabut kami hanya sempat menyediakan bihun goreng..Alhamdulillah majlis tahlil berjalan lancar. Ramai sungguh orang datang. Lepas zuhur tu pun mak kata ramai sangat orang datang..dan kami kira wang yang jiran2 sedekahkan tu ada dekat Rm500. Duit tu kami gunakan untuk tahlil tiga malam berturut2... Malam tu sempat kami bersembang2 dgn mak dgn jiran2….rancangan awal dorang nak kebumikan bapak esoknya, tapi jiran2 tak setuju, sbb jiran2 sekampung kenal sgt dgn bapak, masa hidupnya dia salu pesan tak baik simpan mayat lama2 yang hidup tetap hidup yang mati harus disegerakan penyempurnaannya…atas sebab itulah dorang segerakan. Sampaikan ramai sedara mara sebelah mak dan bapak tak sempat diberitahu. Semuanya berjalan dgn pantas…Abang ngah tiba pukul 11 malam, lepas majlis tahlil habis...

Kakak cerita masa tu dia keje..tapi hati dia meronta2 nak balik cepat…belum sempat dia keluar opis dia dapat panggilan dari rumah bapak dah takde….pagi tu bapak sempat bersarapan, tapi dia dah tak kenal orang masa tu. Akak ke 2 yg kebetulan balik kg pun dia dah tak kenal. Matanya memandang kosong. Air pun dah tak boleh masuk…disudukan air ke mulut dia, air tu keluar balik..dan lepas tu bapak tidur. Pukul 12.45tgh mak kejutkan untuk makan tghari, bapak dah tak der..bapak pergi dalam tidur..dalam tenang. Malam seblum tu bapak mengadu sakit kaki, perutnya keras..mak usap perut bapak malam tu mak kata keras macam ada batu…kakinya sejuk , malam tu mak ada bacakan yasin kat sebelah bapak…bapak diam….dengar dgn khusyuk. Dan malam tu akak dgr bapak mengerang, mendengus beberapa kali sekitar pukul 2 pagi….agaknya tanda2 awal malaikat maut sudah hampir dgnnya.

Mayat bapak siap dimandikan dan dikapankan lepas zuhur, disembahyangkan disurau depan rumah kami, surau di mana bapak selalu mengimamkan solat, bertarawikh dan surau di mana jadi rumah kedua bapak. Bapak menjaga surau dgn baik, memastikan kebersihan dan surau sentiasa cantik di cat, tu ketika bapak masih sihat…ketika bapak boleh berjalan.
Ketika itu juga aku sering dgr bapak mengaji setiap pagi, tghari dan malam…4 tahun dulu seblum bapak diserang stroke dan dia menjadi lumpuh….Selepas subuh bapak akan mengaji, begitu juga seblum zuhur dan selepas asar, maghrib dan isya'..bapak akan sentiasa mengaji sehingga kalau tiba bulan ramadan bapak akan khatam mengaji 3 kali….Masih terngiang2 suara bapak mengalunkan surah2 AlQuran…

Dan bila bapak jatuh sakit, bapak dah tak bole mengaji, dah tak boleh solat. Tapi puasa tak pernah bapak tinggal. Bapak memakai pampers, jadi sukar untuk dia nak bersolat, mak pulak batal air semayang kalu tersentuh bapak, jadi bapak kata tak payah…biar orang kata apa sbb bapak tak bole solat, tapi bapak diam jer…

Masa bapak sakit tu sehari ke sehari keadaan dia semakin teruk…kerana banyak sgt makan ubat darah tinggi, bapak dah tak boleh dengar lagi, kena cakap kuat2..pertuturan bapak jugak jadi tak jelas..aku jarang paham apa bapak kata, Cuma mak dan kakak jer yg paham sbb dorang selalu ada kat umah, jadi dah biasa dgr.

Hari ketiga bapak meninggal, abang ngah terpaksa balik, anak2nya periksa anak sulungnya ada percubaan PMR hari selasa tu pagi tu abang ngah ke kubur bapak dulu, akak ke 2 pun balik ke Klang sbb suaminya dah kena stat keje, tinggallah aku dan kakak dan adik bongsu yang masih cuti, aku dan kakak juga yang sibuk menguruskan tahlil untuk malam ketiga tu…nak harap abang long?...hampeh, langsung tak peduli, yang dia pedulikan agaknya harta2 bapak jer….Hari kelima bapak pergi baru aku berpeluang kekuburnya, aku bawak mak sekali, mak uda (adik bapak) dan anak2 pergi kubur bapak. Aku dan mak baca yasin, aku suruh kakak baca fatihah banyak2..sayu hati aku melihat kubur bapak, mak menangis tersedu2, anak2 seolah paham yang Atuk aji mereka dah meninggal, mereka tau itu kubur atuk aji dorang…. kubur bapak dibawak pokok kekabu, redup, tenang dan sejuk…berdekatan dgn kubur2 jiran sekampung yang dah pergi terdahulu. Kubur bapak dekat tepi jalan..tanah kubur masih basah, dan aku nampak ada pokok puding di atas kubur bapak...

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa, dan selama 3 1/2 tahun bapak sakit, semua dosa2nya terhapus, dia pergi dengan tenang, mukanya berseri2, ketika akak cium dahinya, akak kata dahinya sejuk umpama ais..wajahnya senyum tenang…Insya Allah, bapak akan ditempatkan dalam golongan orang2 bertakwa dan beriman..Semasa hayatnya, bapak amat disegani dikampung. Sbb bapak orangnya pendiam, tak pernah menyakiti hati orang, sentiasa dipanggil untuk membaca dan tahlil kalau ada majlis2 kenduri arwah, sering jadi imam sembahyang..bapak tak pernah mengata atau memburukkan orang, dan dia cukup marah kalau dgr mak bertandang dan bercerita perihal orang di rumah jiran..bapak juga seorang yang AMAT amanah, dia salu dilantik jadi bendahari sbb jujur dan amanah dia..aku ingat lagi masa kecik2 kalau ada pinggan mangkuk surau tersesat ke rumah kami, dia cepat2 suruh antar dan pulangkan ke surau dan kalau ada yang pecah dia kan cepat2 ganti..Semua sifat2 mulia bapak tu diwarisi akak. Pendiam tak banyak cakap, penyabar dan amanah dalam suma perkara termasuk duit…..

Bapak disayangi oleh anak2 sedaranya. Masa dia sakit suma anak sedarnya datang melawat, bahkan time2 hari raya pun kad2 raya anak sedaranya sampai terawal dari kad raya aku..betapa bapak sangat disukai oleh semua orang, disenangi oleh suma orang. Sungguh semasa bapak sihat, bapak sering datang ke KL dgn mak. Masa tu aku Cuma ada anak seorang, kami bawak bapak jalan2 ke KLCC, chow kit, bahkan Menara KL pun bapak dah merasa naik 2 kali.. Masa sihat bapak rajin berjalan dgn mak..dia dan mak selalu naik bas ke rompin dan suprisekan abang ngah dgn terpacul pagi2 buta kat umah abang ngah.. Kini kenangan itu tinggal kenangan…bila teringatkan bapak aku jadi sedih, aku menangis…bila baca yasin aku teringat bapak aku sedih, aku menangis..banyak betul memori. Masih tak puas bermanja dgn bapak, tapi Allah lebih sayangkan dia..aku REDHA.

Selamat pergi bapak…tenanglah kau di sana di Alam barzakh menemui tuhan..Alhamdullillah bapak telah tinggalkan kami anak2 yang soleh dan solehah, cucu2 yang soleh dan salihah yang akan sentiasa mendoakan bapak, mensedekah fatihah dan yasin untuk bapak..Tenanglah kau di sana….Nantikan kami di pintu Syurga…AMIN.

Aku tak dapat menahan airmata yg keluar semasa menulis ni, tapi aku gagahkan juga sbb ia akan jadi kenangan. Kenangan yang tak mungkin terpadam dalam ingatan kami sepanjang hayat…

Dan esok, genap seminggu bapak pergi…Rest in peace bapak…kami akan sentiasa mendoakan bapak, kami akan sentiasa bacakan yasin untuk bapak, kerana bapak telah jadikan kami anak2 yang soleh dan solehah, Alhamdulillah...

December 12, 2006

X banyak kativiti aku di awal2 Dec ni, selain dari pi kerja dgn perasaan yang membosankan..nile ler aku nak keje tempat yang boleh menggembirankan dan memberi semangat setiap hari nak gi keje. Dah banyak interview pegi. .tapi belum ada rezeki lagi la kot..

Semalam Selangor cuti, jadi aku pi recruit express kat KL. Dorang panggil aku gi submit resume. Sebenarnya malas nak pi tapi aku gagahkan gak..mana tau ada rezeki...ramai orang kat situ..aku sampai kul 9.00 pagi dah ada 2-3 orang tgh mengisi borang. Perkara yang aku paling malas nak buat...resume kat ada buang masa jer...

Dan lepas tu aku pun di panggil interview..yang kelakar minah yg interview aku tu English dia...cis hampeh...aku punyer english lagi bagus aku rasa..ntah ler..

Ingat habis tu nak gi library, nak lepak smpai petang..tp lupa plak library tutup on Monday..so aku change plan gi balik opis hubby aku amik kunci keta dan zupp balik umah..apalagi layan tido dgn ekhmal..

Malam gi Rawang jap sbb nak jmput hubby kat komuter...perkkh jalan jem rupenye ada accident...last2 kul 9.30mlm baru smpai umah.............

Well that's the end of my day/..

December 5, 2006

December Sudah Bermula






Well, Dec dah pun datang. Dec tahun ni aku mulakan dengan bercuti bersama anak2 dan keluarga kakak ipar ke Bukit Fraser. Mula2 agak cuak jugak nak pg maklumlah x pernah sampai kesana. Tapi memandangkan dah lama sgt x bawak anak2 gi cuti dan dah hampir sethn apply baru la ni dpat. So macam excited la jugak. Untuk tambah happening lagi ajak la si mila dgn hubbynyer..kak sal n family dan si ct minah yg kitorang panggil playgirl tu.

Aku dah siap2 sume barang2 untuk masak sbb senarai brg kat apartment yang hubby aku dapat nampak macam complete jer..rice cooker, toaster, microwave...so kitaorang ingt nak wat bbq sekali hari tu kang. Si Mila pulak ditugaskan untuk beli brg buat burger, fries dan nugget. Mana tau kat sana kang lapar bole gak goreng mender2 tu wat minum petang.

Hari jumaat lagi anak2 macam excited ..aku dah mintak bibik packkan dorang pnyer baju. Aku lak sibuk pack brg2 msak..jgn tak caya..siap bwk blender dgn lesung batu (idea kak sal la ni) tapi its a brilliant idea sbb byk sgt gunanyer lesung tu kat sana.

Pagi2 sabtu sume bangun awal dah ready nak bertolak..cuma tggu mila dan hubby dia datang. Aku lak smpat gi pasar beli ikan cencaru, beras dan telur untuk bekalan kat sana.

Pukul 9.30 kitorang ready to go...kak sal naik keta dgn mila. Abg man lak naik dgn siti dan iwan (ish pandai abang man) x kasi can pasangan tu berdua2 an la tu...

aku lak dgan anak2..perjalanan agak smooth dan perlahan..tp biler sampai kat Kuala Kubu dan stat mendaki..perkh...jln berliku2 mcm ular kena pukul..pulak tu terasa jauh sgt, dah la jalan kecik sgt2 nak naik pulak tunjuk arrow 9 km to bukit Fraser.tp dah dkat 1/2 jam x sesampai pun...pening terterkira...setelah hampir 2 jam mendaki akhirnye sampai ke puncak dah..dah nampak tmpat kami nak duduk untuk 3 hari ni..The Pines Resort..kuar kereta jer..wau..bestnyer cuaca sejuk nyaman...rasa mcam dok dlam peti ais..anak2 dah seronok meloncat2 bile tgk bnyak bunga cantik2 kat situ.



Kat puncak tu x byk kedai2 untuk makan. Ada 3-4 kedai and for sure rasanyer mesti mahal. Jadi bgi mereka2 yang nak pegi ada 2 nasihat aku nak bagitau...

pertama - Make sure tank minyak penuh..sbb jalan kat situ bengkang bengkok dan x der stesyen minyak ok..yang paling dekat ialah kat Kuala Kubu..

Kedua- bawaklah bekalan makanan..kalau dok kat apartment dan pi reramai lagi jimat la memasak..it's the best place to rest and get the peacefull mind...tpi kalau suruh pegi lagi skali..tobat..x sanggup.

Well, itu adalah percutian terbagus kitorang. Anak2 seronok dan gembira, orang lain pun happy ..byk gambar kami ambik..kalau nak tgk lagi gmbar kat sana bole la pi kat fotopages..http://annameera.fotopages.com.

Perjalanan turun gak agak sama macam nak naik hari tu..cuma biasalah kalau balik rasa cepat jer...sempat lak singgah mandi air terjun kat situ..airnye sejuk......

November 30, 2006

Lirik2 Lagu Kegemaran Ku

Aku skrang suke sgt lagu radja..aku ada kerna kau ada, Maharaja- Ramlah Ram dgn lagu Samudera- Nora..pepagi drive dpt dgr lagu2 ni best nyer.....aku kuar pukul 7.00 jadi aku dgr radio Selangor 100.9. Ada motivasi pagi kul 7.30 yg aku x pernah miss..best sgt. Dapat memotivasikan balik jiwa aku yang tgh demotivate ni...

kalu korang ada lirik ke3 lagu tu post la kat sini...aku kan suke kareoke dlam keta..alah bukanada orang dengar melalak la sekuat ati ko...lantak ler....

Seronoknyer chatting

kalu x der keje pastu pakai kompute kat opis x yah bayar mmg la seronok..pastu layan dorang ni kadang2 ralit..maklumler aku tgh x der keje sekarang,bekalan novel lak dah abis nak baca aku pun try2 la chatting. ramai bebudak umur 20 an jer kat chatting tu..x kisahla. Janji aku ada teman nak sembang..sembang bodoh2 pun x per..kalau x pun gossip..best..
aku belaku jujur jer dgn chatters sbb aku mmg dah kawin ada anak tp bukan nak menggatal..sekadar mengisi keboringan untuk tempoh lapan jam tu..kengkwan sumer bz nak buat ketupat pun kekadang x sempat..

sembang dgn budak2 ni best jugak sbb kebanyakan baru keje..x der pengalaman..Aku pun suke bercerite dgn dorang tentang pengalaman aku yang lalu..dan pengalaman sedih aku terpaksa tinggalkan keje yg aku suka dan sayang atas nama Harga Diri..

Tapi kekadang adik2 chatters ni sibuk. Maklumler ada yang keje kat gomen, ada yang bisnes sendiri jd ada masa2 tertentu je bole borak.

Nak borak dgn kawan opis...huh bosan ada..somehow aku x suke orang hipokrit dan cakap belit2. Bagi aku kalu kita jujur kita akan cakap yg benar sahaja..dan kejujuran itu terpancar dari sinar hati dan muka sesorang. Macam kalau kita sembahyang..pasti ada nur kat muka kita.

Aku nak cite psal satu chatter yg aku kenal. Umur dia di awal 30an..aku x pasti dia bohong ke pasal diri dia..kalau dia bohong dia bohong la aku..dia kata bini dia lari ikut jantan lain ada sugar daddy..maklumlah minah gro..aku antara percaya dgn tak. Mamat ni pun asyik ayat aku mintak no tel..aku stakat ni maintain..mana bole bg..takut dengar suara aku yang romantik ni kang tergoda harus..aku dah terjebak sekali so aku x nak terjebak lagi...Ampun..ajak aku kuar minum..apa raa..aku ni bini orang daa. x ssuai langsung...

Dia ada bg aku gambar dia..aku?..ohh sudah tentu tidak...apa barang..aku pun bgi gambar anak2 aku..aku ckp tgk muke anak aku yg lelaki tu..mcm muka aku...

Heh hee..tidak sekali2...aku dah serik dgn cinta terlarang nih..Nanti kalu aku ada masa aku cerite la perihal cinter terlarang tu yerk..tp skarang wa sudah taubat...

aku dah penat menaip ler...nanti aku sambung lagi

Bile ler nak dpat keje lain

Buat kesekian kalinyer aku dah naik bosan tgk jobstreet, application aku sume "in the process ataupun under consideration"..aahh bosan...mcm dah penat x larat nak layan jobstreet dah..taun depan dah tua sangat nak carik keje baru..
kekadang aku rasa nak dok umah jer..jadi surirumah tp aku x sanggup. Selain dari bosan aku takut jadi pendera lak..sbb anak2 aku tu macam gasing..kalu aku ilang sabar nanti sume aku kerjakan...nak berniaga?..nak niaga ape. Ju kata aku bole niaga makan sbb masakan aku not bad..tp aku x berani la..aku macam sedap lagi dpt makan gaji...tp kalau gaji macam nak x nak kasi jer x de maknernyer...pening fening...nak byar utang credit card lagi...nak berpoya2 lagi...ish..mana nak dpt duit lebih ni...

Another Boring day

Laa..baru kul 12.00tgh..patutler lapo..boring ler...adik2 chatter sume offline..sape nak borak dgn aku nih..nak makan x lapar lagi....

tak sabar nak cuti esok..ye yeye nak gi Bukit Fraser..sampai isnin..nak buat BBQ mandi air terjun, jalan2 ala ala kat Salem High Country..best nyer..nanti aku balik aku upload kan gambar2 tu yek..rugiler ko kak ita x dpt join....